CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum, hai..

Saya masih baru lagi dalam arena penulisan ni. Masih banyak yang perlu dipelajari dan saya mengalu-alukan sebarang komen atau kritikan yang membina dari pembaca semua. Karya-karya yang terhasil adalah hasil nukilan dari saya sendiri. Jika ada yang menyentuh peribadi anda, mungkin itu cuma secara kebetulan saja..

Impian saya, semoga dapat menghasilkan karya yang bermutu dan menepati citarasa pembaca semua. InsyaAllah. Mungkin pada masa akan datang, jika diizinkan Allah, saya ingin bukukan karya-karya saya. :-)

Apapun, terima kasih pada yang sudi menjengah dan memberikan sokongan ye!

xoxo
Sarah Adyana



Segala isi kandungan di dalam blog ~**Bila Jemari Berbicara**~ adalah hak milik Sarah Adyana sepenuhnya. Kecuali, gambar-gambar yang digunakan adalah ihsan dari mr.google. Sebarang kegiatan untuk menyalin, mengedit, meniru atau yang sama dengannya adalah DILARANG sama sekali. Tolong kasihan pada kami, penulis yang penat memerah otak untuk menzahirkan karya-karya ini. Terima kasih.



[Bab 1]

Bab 1

Tangannya ligat mengadun buttercream yang telah diletakkan dengan sedikit pewarna biru, supaya sebati dengan krim putih susu itu. Sambil itu, dia menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak irama dari radio yang terpasang.

“Amboi.. happy nampak!” Nur terjerit kecil. Mastura tersengih di belakangnya. Dia langsung tidak menyedari kehadiran Mastura. Lantaran khusyuk mengadun krim untuk dilepa.

“Mas, kau ni..! Terkejut aku tau. Nasib baik tak jatuh mangkuk ni. Kalau tak, naya je kena buat balik.” Bebel Nur, tersenyum kecil. 

“Kau tengah siapkan order siapa ni? Banyaknya cupcakes. Flavor apa ni?” tanya Mastura sambil mencongak bilangan cupcakes yang tersusun rapi di atas meja. Nur tersenyum lagi.

“Perisa vanilla. Ala, si Maira tu yang order. Katanya untuk kenduri doa selamat. Pukul 8 malam nanti dia nak. Ni yang aku tengah siapkan cepat ni..” Jawab Nur. Mastura mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar penjelasan Nur.

“Okeylah. Aku tak nak ganggu kau. Ni, aku nak ke bank sekejap. Nak masukkan duit. Kau nak kirim apa-apa tak?” Nur geleng. Tangannya sedang lincah menghias cupcakes dengan buttercream biru tadi. 

Niatnya ingin menyiapkan tempahan itu secepat yang mungkin kerana jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Pukul  8.00 malam, semua cupcakes itu harus selamat berada di majlis Maira.

****

Nur tersenyum puas menatap cupcakes yang sudah siap dihias sepenuhnya. Setiap cupcakes dihias dengan 3 kuntum bunga ros biru dari buttercream. Tiga biji darinya ditulis dengan ucapan “Welcome Home, Along”. Harap-harap Maira gembira dengan tempahannya kali ini. 

Maira, gadis genit berusia 24 tahun itu merupakan pelanggan setia cupcakes hasil tangan Nur. Sudah berkali-kali dia menempah cupcakes dari Nur kerana menurutnya cupcakes Nur betul-betul menepati seleranya.  Kalau dibeli dari kedai, ada saja yang tidak kena dengan tekaknya. Krim terlalu manislah.. kek kurang gebulah.. Ada saja yang ingin dikomplennya.

Nur memperlahankan keretanya apabila lampu isyarat bertukar kuning. Jam di dashboard menunjukkan 5 minit lagi ke pukul 7.15 malam. Kawasan perumahan keluarga Maira, sudah tidak jauh. Lagi 15 minit sampailah. Nur berkira-kira di dalam hatinya. 

“Hmm.. nampaknya tumpang solat rumah Maira la nanti.. lagipun kejap lagi pasti jalan jem teruk,” omelnya sendirian. Teringat yang hari itu merupakan hari Sabtu, cuti umum. Pasti ramai yang keluar berhibur pada hari minggu sebegitu. Jalan raya juga pasti meriah dengan kesesakkan trafiknya.

Keretanya membelok masuk ke Jalan Mergastua 3. Rumah Maira tersergam indah di sudut jalan. Nur memarkir keretanya di tepi pintu pagar masuk. Kelihatan beberapa buah kenderaan mewah juga berada di situ. Dua buah khemah tegak berdiri di tengah-tengah laman. Satu khemah khas untuk tetamu lelaki dan satu lagi khas untuk tetamu perempuan. Meriah juga kenduri Maira ni.. 

Dua beg plastik berisi 100 biji cupcakes dijinjingnya berhati-hati. Langkah diatur masuk ke perkarangan banglo 3 tingkat milik keluarga Maira. Mata Nur melilau-lilau mencari kelibat pelanggan setianya itu. Mana pula perginya si Maira ni. Tadi  kan aku dah pesan tunggu kat depan rumah.. bisik Nur di dalam hati. Segan pula mahu masuk ke banglo mewah itu. Beberapa pasang mata memandang Nur dari atas ke bawah. Nur Cuma tersenyum membalas pandangan mereka.

“ Kak Nur! Kak Nur! Sini!” Nur tercari-cari arah suara tersebut. Lantas bibirnya terukir senyuman tatkala melihat si empunya suara.

“Assalamualaikum, Maira! Akak terlambat ke? Sorry sangat-sangat.. Majlis dah mula ke?” tanya Nur sebaik Maira menghampirinya. Maira menyambut beg plastik yang beisi cupcakes di tangan kanan dan kiri Nur.

“Waalaikummussalam, kak. Ha’ah.. baru je mula. Jemputlah masuk, kak.” Kata Maira seraya berjalan seiring dengan Nur menuju ke bahagian dapur rumah. Kelihatan orang gaji keluarga itu sedang mencuci pinggan. 

“Kak Ton, tolong hidangkan cupcakes ni sekejap. Guna cupcakes tier yang Maira baru beli semalam tu ye!  Lepas tu Kak Ton letak kat tengah-tengah meja kat hall, ok. Hati-hati..” arah Maira pada Kak Ton. Kak Ton pantas sahaja mengangguk dan melaksanakan perintah Maira. Cupcakes kini bertukar tangan.

Nur mengerling jam tangannya. Maghrib sudah berlalu hampir 20 minit. Lantas dicuitnya Maira.
“Maira, boleh tak kalau akak nak tumpang solat sekejap? Dah lambat dah ni..”

“Boleh.. Jom, Maira tunjukkan bilik solat.” Sebaik menjengah ke bilik solat, kelihatan penuh dengan saudara-mara perempuan Maira. Ada yang sedang bersolat, ada yang sedang meriba dan menyusu si kecil. Pintu bilik ditutup kembali.

“Penuhlah pulak.. Akak solat kat bilik Maira aje la ye.  Jom, naik atas!” Nur hanya membuntuti langkah Maira. Pandangannya tunduk ke bawah. Segan apabila ada mata-mata yang memerhatinya. Mungkin tertanya-tanya siapa dia.

“Okey, dah sampai. Akak masuk solat dulu. Bilik air ada kat dalam. Telekung ada tergantung kat tepi katil.  Maira nak turun bawah kejap. Dah siap nanti, akak cari Maira kat bawah ye!” kata Maira lalu terus meninggalkan Nur di hadapan pintu bilik berukiran dari kayu jati itu. Nur akur dan melangkah masuk.

Subhanallah, cantiknya bilik Maira ni.. pujinya di dalam hati. Keluasan bilik Maira hampir menyamai keluasan ruang tamu rumah sewanya sendiri. Nur tersenyum sendiri. Seronoknya kalau dia pun punya bilik seperti itu. Nur tersedar. Cepat-cepat mencari bilik air untuk mengambil wudhu’. Waktu maghrib sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Usai bersolat dan menadah tangan memohon keampunan, Nur bingkas bangun melipat sejadah dan telekung dan meletakkan kembali ke tempat asalnya. Sebaik sahaja dia menyarung kain tudungnya, pintu bilik terkuak. Nur terkejut.

“Maira..!” Suara garau menerpa telinganya. Sesusuk tubuh tegap melangkah masuk ke dalam bilik. Nur menggelabah. Aduh, siapa pula ni..

“Maira, mana Maira letak kunci kereta Along ta.. di..?” ternyata si empunya suara juga terperanjat.
“Ops, sorry..sorry. Er, awak ni siapa? Maira mana?”

Nur cepat-cepat membetulkan tudungnya. Lelaki yang  menggelarkan dirinya Along sebentar tadi, kaku di hadapan pintu yang terbuka luas.

“Er.. saya kawan Maira. Tumpang solat sekejap. Maira ada kat bawah. Excuse me, saya keluar dulu.” jawab Nur sambil melemparkan senyuman. Bimbang pula dituduh menceroboh.

“Oh.. okey..” Lelaki tadi memberi laluan kepada Nur untuk keluar. Sebaik keluar dari bilik Maira, Nur menarik nafas lega. Dia melangkah laju menuruni anak tangga. Niatnya ingin mencari Maira, meminta izin untuk pulang. 

Pelawaan Maira untuk Nur tunggu dan sama-sama menjamah hidangan, ditolak sopan. Kurang sesuai pula rasanya  berada di majlis itu. Tambahan pula, dia bukan sesiapa. Cuma menghantar cupcakes yang ditempah saja. 

“Tak apalah, Maira. Terima kasih banyak-banyak. Akak balik dulu. Ada kerja sikit kat rumah.. Enjoy the cupcakes, ye. Anything, just call me, ok? Assalamualaikum..” ucap Nur sambil menyalami tangan Maira. Maira angguk seraya menjawab salam Nur.

“Okeylah kalau macam tu. Thanks for the lovely cupcakes. Comel sangat.. Drive safely ye, kak.” Sempat Maira berpesan pada Nur. Nur tersenyum mendengar kata-kata Maira.

“Okey. Bye!” enjin kereta dihidupkan. Sejurus kemudian, Perodua Kembara berwarna putih milik Nur menderum pergi meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

****

Tangan Maira ditarik dan gadis itu terhenyak ke sofa kerana hilang keseimbangan badan.  Umar Amzar tergelak melihat muka cemberut adiknya itu.

“Along…! Apa ni main tarik-tarik tangan orang ni? Sakitlah..” marah Maira sambil menggosok-gosok lengannya. Umar Amzar masih tersengih.

Sorry.. tak sengaja. Ni, Along nak tanya sikit ni.” Matanya terpaku di televisyen. Televisyen sedang rancak menyajikan filem Hindustan lakonan Shah Rukh Khan.

“Apa dia?” Tanya maira acuh tak acuh. Digosok perlahan lengan yang masih terasa sengal.

“Siapa perempuan yang tumpang solat dalam bilik Maira malam tadi?” soal Umar Amzar.

Maira mengerutkan keningnya sambil memerah otak berfikir akan soalan abangnya. Semalam ramai juga tetamu yang hadir. Dia cuba mengingat kembali siapa yang pernah naik ke biliknya.

“Oh.. yang semalam tu nama dia Kak Nur. Dia datang hantar cupcakes yang Maira order. Lepas tu, tumpang solat kejap. Kenapa?”

“Oh.. cupcakes yang tak sedap semalam tu dia punya la ye..” kata Umar Amzar sambil mengerling adiknya.
“Hisy, sedaplah. Maira dah banyak kali order dengan dia tau. Mummy dengan daddy pun suka sangat makan cupcakes Kak Nur.” Pantas saja Maira menolak kata-katanya. 

Umar Amzar cuma mencebik mendengar kata-kata Maira. Maira mengerutkan keningnya sambil mengimbas kembali majlis malam semalam.

“Eleh, tak sedap konon.. bukan ke Along yang habiskan cupcakes semalam? Maira tinggalkan 4 biji atas kaunter dapur, tengok-tengok dah tak ada. Cuma Along seorang je kat dapur malam tadi.” Maira membuat telahannya. Umar mencebik lagi.

“Bukan Alonglah.. tu, kak Ton tu yang makan. Ni.. Along cuma nak pesan sikit. Next time, jangan suka-suka je bagi orang masuk bilik Maira. Lagi-lagi orang luar. Kalau jadi apa-apa, Maira juga yang susah nanti. Manalah tahu kut-kut panjang tangan ke, apa ke..” secebis nasihat diberikan kepada adik bongsunya itu.

“Along ni tak baik tau. Suka sangat fikir negative pasal orang lain. Maira kenallah siapa Kak Nur tu. Dah lama Maira jadi customer dia. Dia tu baik sangat tau. Maira dah anggap dia macam kakak Maira sendiri.” Bangkang Maira. Marah betul dia apabila Umar Amzar menuduh Nur seperti itu.

“Along  cuma nasihatkan aje. Terpulanglah Maira nak dengar ke tak. Jangan nanti ada apa-apa, sibuk cari Along. Zaman sekarang ni, saudara sendiri pun tak boleh percaya tau.” Tegas Umar. Maira hanya diam. 
 Malas untuk membalas kata-kata Umar Amzar. Nanti panjang pula ceritanya. Yang dia tahu, Nur seorang yang baik dan jujur. Dia pasti itu!

****


 Mata Nur tertumpu kepada skrin laptop. Sibuk membaca komen rakan-rakannya di Facebook. Bunyi bising televisyen langsung tidak mengganggu tumpuannya.

“Oit, tak habis-habis dengan facebook!” tegur Mastura dari belakangnya. Nur mengerling sambil tersengih. Suka sangat tegur orang dari belakang.

“Kau dah makan? Aku ada beli nasi lemak tadi. Kalau nak makan, ambil kat dapur,” kata Mastura lalu terus berbaring di sebelah Nur. Katil bersaiz queen itu sedikit bergoyang apabila Mastura menghenyakkan badannya di situ. 

“Aku dah masak la makcik. Tapi aku masak nasi goreng je. Malas pula nak keluar beli barang basah hari ni. Kau dari mana? Dating ke?”

“Yelah.. mana lagi kalau bukan keluar dengan cik abang sayang. Hari ni tak ada orang tempah cupcakes ke?”
Nur geleng. Mata masih tertumpu pada skrin laptop. Kini dia sedang memeriksa emel  EverydayCupcakes kepunyaannya. Manalah tahu jika ada yang menghantar borang tempahan melalui emel. Kalau ada, bertambahlah duit poketnya bulan itu.

Jawatannya sebagai  IT Programmer di salah satu universiti tempatan di daerah Selangor ini pula adalah jaminan masa hadapannya. Sudah hampir 4 tahun Nur menjawat jawatan itu. Tidak pernah pula terlintas di fikirannya untuk bertukar kerjaya kepada baker. Itu semua adalah cuma minatnya yang direalisasikan untuk berkongsi dengan masyarakat.

***

Dua kotak cupcakes masing-masing berisi 25 biji Chocolate Moist sudah siap untuk dihantar kepada pelanggannya di Kelana Jaya. Nur menggeliat membetulkan urat saraf yang telah seharian bekerja keras untuk menyiapkan tempahan tersebut. Hari ini Ahad. Sekejap lagi pukul 11. Hmm.. by noon, mesti jalan jem punyalah.. omel Nur di dalam hati.

“Nur, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak dapat nak deliver cupcakes Puan Saodah tu la.. Ada emergency ni!” terkocoh-kocoh Mastura mendapatkan Nur. Dia kelihatan kelam-kabut.

“Kenapa? Apa yang dah berlaku?” Nur bertanya apabila melihat Mastura yang nampak risau.

“Aku nak kena balik Keramat sekarang. Mak aku masuk hospital. Jatuh dalam bilik air.” Jawab Mastura. Matanya sudah bergenang. Nur beristighfar panjang. Dia bingkas bangun dan memeluk Mastura. Cuba menenangkan perasaan teman akrabnya itu. Mastura membalas pelukannya.

“Teruk ke?. Mm… kau ok tak, nak drive ni? Kalau kau nak, aku boleh hantarkan kau. Mak kau kat hospital mana?”

“Tak apalah, Nur. Aku ok lagi ni. Adik aku bagitau tadi, mak aku  pengsan kejap lepas jatuh tu. Harap-harap tak teruk sangatlah. Mm.. lagipun, tu..cupcakes Puan Saodah tu macamana? Nanti cancel pulak birthday party anak dia sebab tak ada cupcakes kau.” Sempat lagi mastura melawak dalam keadaan begitu. Mungkin cuba meredakan resah hati sendiri. Nur tersengih mendengar usikan temannya.

“Okeylah. Kirim salam dengan mak kau ye. Aku doakan dia cepat sembuh.” Mastura angguk.

Jalan raya mulai sesak dengan kenderaan bersimpang-siur. Nur mengeluh kerana nampaknya dia sudah terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Kalaulah aku keluar awal sikit tadi..bisik hatinya. Cepat-cepat dia beristighfar, menyedari kesilapannya. Semua dah ditakdirkan. Cepat atau lambat, kalau dah jammed, terima sajalah. Tiba-tiba sebuah Proton Wira meluru masuk ke laluannya tanpa memberi sebarang signal. Nur tersentak dan tangannya automatik memulas stereng ke kanan, cuba mengelak kereta tersebut.

Gedegang!          

Nur terjerit kecil. Pantas dia menjengah ke sisi kanannya. Kembaranya telah melanggar sisi sebuah Hyundai Santa Fe berwarna hitam. Nur menelan liur. Alamak, habislah aku..                                                                                                                                                                                                                                                                                         
Pemandunya, seorang lelaki melambai tangan mengarahkan Nur supaya berhenti di bahu jalan. Mungkin mahu menyelesaikan perkara tersebut di situ juga. Nur terpaksa akur. Rasa bersalah kerana telah menghentam pintu kereta lelaki itu. Nur mengeluh berat. Sudahlah terlambat, ini pula yang terjadi.

Tiba-tiba dia teringat pada 2 kotak cupcakes yang diletakkan di seat belakang. Dijengahnya dan Nur terus menepuk dahi. Habis terbalik kotak-kotak tersebut dek kerana kejadian tadi. Fikirannya mula runsing. Apa yang mahu diberitahu kepada puan Saodah? Tentu dia sedang ternanti-nanti cupcakes tempahannya. Nur mula rasa mahu menangis. Kejadian sebegini adalah yang pertama berlaku dalam sejarah hidupnya.
Lelaki yang dilanggarnya secara tidak sengaja tadi sudah keluar dari kereta. Lagaknya garang. Pinggang dicekak tanda menahan amarah. Nur mematikan enjin dan bergegas keluar. 

Tadi, sempat dia menelefon Puan Saodah untuk menerangkan masalah yang dihadapinya ketika ini dan berkali-kali cuba meminta maaf. Malah, dia berjanji untuk memulangkan semula wang bayaran cupcakes yang telah dijelaskan oleh Puan Saodah beberapa hari lepas. Nasibnya baik kerana Puan Saodah bersimpati dengannya dan memaafkan dia.
“Encik, er.. saya minta maaf. Saya tak sengaja terlanggar kereta encik. Er.. teruk ke?” Nur merapati lelaki yang sedang mencuka itu sambil merapatkan kedua telapak tangan, tanda mohon maaf. 

Pandangan matanya dilarikan ke arah pintu kereta lelaki itu. Ada sedikit kemek dan calar. Nur menelan liur. Alhamdulillah, nasib baik sikit aje.. bisiknya di dalam hati.
“Awak ni kenapa? Tak boleh ke bawak kereta tu elok-elok sikit? Tindakan awak tu boleh membahayakan orang lain, tahu tak!” kata-kata Nur disambut dengan marahnya. Nur kerkesima. 
“Tadi, saya..”
“Dah, dah. Saya tak nak dengar penjelasan awak. Dah terang-terang, awak yang bersalah. Sekarang ni macam mana? Saya nak awak bayar ganti rugi saya sekarang!” pintas lelaki itu. Nur terkedu.
Amboi, bahasa.. tak boleh ke berlembut sikit dengan perempuan? Lelaki jenis apa ni.. bukannya aku nak larikan diri pun. Kereta dia pun bukannya teruk sangat.. bebel Nur dalam hati. Bengang juga dengan sikap lelaki yang kelihatan angkuh di hadapannya ini. Harap muka je handsome, boleh tahan jugak baran dia ni.. 

Diamatinya wajah lelaki tersebut. Berjambang nipis dan berkulit cerah. Hidungnya pula mancung terletak dihiasi kaca mata dari jenama terkenal. Nampak segak biarpun cuma berkemeja putih dan berjeans biru.  Hmmm.. tapi macam pernah jumpalah dia ni. Kat mana ye? Dia cuba mengingati semula pertemuan dengan lelaki tersebut tapi gagal. Dejavu kut..
“Macam nilah, encik. Encik hantar kereta ke bengkel dulu. Kemudian pasal bayarannya biar saya yang jelaskan. Boleh?” Nur cuba memberikan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan mereka ketika itu. 
“Tak payah bagitau pun, memang kereta tu akan masuk bengkel jugak!”balas lelaki itu sinis. Nur menghela nafas panjang.
Malas untuk bertekak, Nur lantas membuka tas tangannya. Kad nama dihulurkan kepada lelaki tersebut. Lelaki itu terpinga-pinga namun segera menyambut kad nama yang diberi. Dia meneliti kad nama itu sekilas sebelum kembali memandang Nur.
“itu namecard saya. Lepas kereta encik dah siap nanti, encik boleh poskan bilnya kepada saya. Jangan risau, saya bukan jenis yang tak bertanggungjawab. Saya minta maaf banyak-banyak. Assalamualaikum,” kata Nur lalu segera beredar ke keretanya. Cuaca yang agak terik, membuatkan dia malas untuk bertelagah. Buat kering tekak saja.
“Hei, er.. wa’alaikummussalam.” Lelaki tadi masih tetap pada kedudukannya. Memandang saja kereta Nur yang perlahan-lahan menyusur meninggalkan dia terpinga-pinga di situ
****
“Awal balik, Along? Kata nak pergi jumpa Kak Marissa. Tak jadi ke? Mana kereta? Apasal naik teksi?” berbondong-bondong soalan dari Maira sebaik sahaja Umar Amzar melangkah masuk ke rumah. 

Umar Amzar menepuk dahi. Ya, Tuhan.. hampir terlupa dia pada Marissa Idayu. Pasti gadis itu tertunggu-tunggu dia untuk menjemputnya. Mereka sudah berjanji untuk keluar makan tengahari bersama hari itu.
Pertanyaan Maira dibiarkan berlalu. Umar Amzar harus segera menelefon Marissa. Bimbang gadis itu merajuk pula. 
“Hello, sayang. Marissa, I’m so sorry. I think we have to cancel our lunch date. I met with an accident just now. Kereta I masuk bengkel.”
Cancel?! Eh, you tau tak dah berapa lama I tunggu you? 3 jam tau! 3 jam! Kalau ye pun you accident, tak boleh ke call I bagitau awal-awal? Argh..!” marah betul suara Marissa di hujung talian. Umar menjarakkan sedikit telefon bimbit dari telinganya. Suara nyaring Marissa masih kedengaran memarahinya. Aku yang accident, dia langsung tak risau ke?
“Marissa sayang.. I’m so sorry ok. I janji lepas kereta I siap, kita keluar. I bawa you ke mana aje yang you nak. Ok? By the way, I’m fine. Thanks.” Sempat juga dia memerli Marissa saat memujuk gadis itu. 
“Hmm.. next time jangan buat macam ni lagi tau. I dah lama tak jumpa you. I miss u so much! Teruk ke you accident tadi?” suara Marissa mula mengendur. Termakan dengan pujukan Umar. Dia senang merajuk, tapi senang juga untuk dipujuk. Umar tersenyum.
“I takde apa-apa tapi kereta I kemek dan calar sikit. Mm.. I miss you too. Esok kita jumpa kat office, ok?” Talian dimatikan. Umar mengerling pada Maira yang tersengih-sengih di sebelahnya. Mungkin sedang mencuri dengar perbualannya dengan Marissa.
 “Along kalau dengan kak Marissa, bukan main lagi. Cakap pun lembut aje. Pijak semut pun tak mati.” Kata maira sebaik Umar melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Dah Along yang salah buat dia tertunggu-tunggu. Takkanlah Along nak cakap kasar-kasar dengan dia pulak. Kalau dia merajuk nanti, siapa susah? Along jugak..”
“Tadi Maira dengar Along bagitau kak Marissa yang Along accident. Betul ke?”
Yes.. On the way nak jumpa dia tadi la.. tiba-tiba ada satu kembara putih ni langgar dari tepi. Habis kemek pintu kereta Along.” Terimbas kembali kejadian tadi. Nasib baik ia cuma kemalangan kecil. 
“La.. macam mana boleh jadi macam tu.. Perempuan ke lelaki yang bawak?”
Umar Amzar menyeluk kocek seluar jeansnya. Sekeping kad nama dikeluarkan lantas dihulur kepada Maira. Maira menyambutnya dengan dahi yang berkerut.
“Annur Thurayya.. EverydayCupcakes.. Eh, ini kak Nur ni, Along!” baca Maira perlahan. Umar kerut kening. Tokey cupcakes tu ke?

***

ANNUR THURAYYA. Nama itu seakan-akan melekat di fikirannya. Patutlah aku rasa macam pernah jumpa je bila tengok dia hari tu.. getus hati kecilnya. Kecilnya dunia. Boleh pulak dia yang langgar kereta aku..
Trett..trett..
Umar tersentak. Telefon bimbit bergetar dalam silent mode di meja tepi katilnya. Tertera nombor telefon bengkel kereta tempat dia menghantar Hyundai Santa Fenya untuk dibaiki.
“Hello, encik Umar. Ni Ramesh bercakap. Er, kereta encik dah siap dah. Hari ni dah boleh datang ambil.” Kedengaran suara garau dari hujung corong sana.
Umar tersenyum gembira. Alhamdulillah..keretanya siap lebih awal dari yang dijangka. Semenjak keretanya dihantar baiki, Umar seperti patah kaki. Jarang keluar dari rumah. Ke pejabat pun menumpang kereta ayahnya, Dato’ Alias. Bukan tiada kereta ganti, tapi dia lebih senang untuk memandu Santa Fenya sendiri.
“Okeylah kalau macam tu. Pukul 6 petang nanti I datang ambil. Semua sekali berapa?”  Umar mengangguk-angguk mendengar jawapan dari Ramesh.
“Okey, you prepare the bill. I’ll see  you at 6! Thanks a lot.” Klik. Talian dimatikan. 

Serta-merta dia teringat kepada Nur. Gadis itu pernah berpesan supaya menghubunginya apabila kereta Umar sudah siap dibaiki. Ah, biarlah. Halalkan aje la.. Ramesh pun bukannya caj mahal sangat. Getusnya di dalam hati. Kad nama yang diberikan Nur juga sudah hilang entah ke mana. Lupa di mana dia letakkannya.

0 comments:

Post a Comment