CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum, hai..

Saya masih baru lagi dalam arena penulisan ni. Masih banyak yang perlu dipelajari dan saya mengalu-alukan sebarang komen atau kritikan yang membina dari pembaca semua. Karya-karya yang terhasil adalah hasil nukilan dari saya sendiri. Jika ada yang menyentuh peribadi anda, mungkin itu cuma secara kebetulan saja..

Impian saya, semoga dapat menghasilkan karya yang bermutu dan menepati citarasa pembaca semua. InsyaAllah. Mungkin pada masa akan datang, jika diizinkan Allah, saya ingin bukukan karya-karya saya. :-)

Apapun, terima kasih pada yang sudi menjengah dan memberikan sokongan ye!

xoxo
Sarah Adyana



Segala isi kandungan di dalam blog ~**Bila Jemari Berbicara**~ adalah hak milik Sarah Adyana sepenuhnya. Kecuali, gambar-gambar yang digunakan adalah ihsan dari mr.google. Sebarang kegiatan untuk menyalin, mengedit, meniru atau yang sama dengannya adalah DILARANG sama sekali. Tolong kasihan pada kami, penulis yang penat memerah otak untuk menzahirkan karya-karya ini. Terima kasih.



Thursday, 3 March 2011

Sinopsis KAU DAN AKU


SINOPSIS

Annur Thurayya, gadis biasa yang tidak pernah menyangka pertemuan demi pertemuan yang terjadi, semakin mendekatkan dirinya kepada seorang lelaki yang bernama Umar Amzar. Sungguh, dia tidak pernah merancang untuk jatuh cinta dan menerima hakikat yang dirinya amat mendambakan lelaki itu sepanjang hayatnya. Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Nur ingin sentiasa dekat di hati Umar Amzar. Sentiasa. 

‘Terlalu banyak rahsia di antara kita. Ternyata kau dan aku bukan ditakdirkan untuk melayari hidup bersama biarpun bertahun kita terikat dengan janji ini. Kenapa sukar benar untuk memahami hatimu, sayang?’ – Annur Thuraya.

Namun, kembalinya Marissa menuntut kasih dan membuatkan Umar Amzar menjadi keliru dan buntu. Sukarnya membuat pilihan. Dia tahu hatinya cuma menginginkan Nur. Tetapi, memori cinta Marissa seakan menggamit dirinya untuk meluahkan rindu yang terpendam. Dia bingung.

‘Aku akan sentiasa mengejarmu, sayang. Sungguhpun jarak dan waktu memisahkan kita.. Ketahuilah, tidak sedetikpun aku jemu menunggu saat untuk bertemu. Tiada henti... Biarpun jasad tidak bersama, namun aku yakin.. hati kita tetap bersatu..selamanya.’ – Umar Amzar

1 comments:

Пётр Ларионов

Рекомендую: старые индивидуалки Москвы
Веселая, простая, без пафоса!Приглашаю только к себе в гости!Лицо закрыла из личных соображений!

Post a Comment